fbpx

Penerbit muzik antara 9 korban nahas pesawat di Republik Dominica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Flow La Movie. - FLOW LA MOVIE/INSTAGRAM

SANTO DOMINGO, Republik Dominica –  Sembilan orang termasuk  penerbit muzik Puerto Rico, Flow La Movie terkorban semalam  apabila sebuah pesawat sewa khas terhempas di Lapangan Terbang Las Americas di ibu kota Republik Dominica, Santo Domingo, kata pemilik kapal terbang itu, Helidosa.

“Helidosa  kesal berhubung kemalangan tragis melibatkan salah sebuah pesawatnya di Lapangan Terbang Las Americas di mana sebilangan penumpang dan kru terkorban,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Penerbit muzik, Jose Angel Hernandez yang lebih dikenali sebagai Flow La Movie dan popular menerusi lagu seperti Te bote, termasuk dalam senarai mangsa nahas, demikian menurut kenyataan  Helidosa,

Media tempatan melaporkan bahawa pasangan Hernandez dan anak lelakinya adalah antara mereka yang terbunuh, manakala dua kanak-kanak, masing-masing berumur  empat dan 13 tahun turut terkorban.

Pegawai-pegawai keselamatan berkata, keenam-enam penumpang pesawat itu adalah rakyat Amerika Syarikat (AS)  dan krunya pula terdiri daripada dua juruterbang serta seorang pramugara.

Jabatan Negara AS menyatakan, pihaknya masih belum dimaklumkan berhubung laporan bahawa enam rakyat AS telah terkorban.

“Atas sebab-sebab privasi, pihak kami tidak dapat mengulas lanjut,” kata seorang pegawainya.

Pesawat jenis Gulfstream itu terhempas ketika cuba mendarat cemas disebabkan kerosakan selepas berlepas untuk menuju ke negeri Florida di AS dari sebuah lapangan terbang lain dekat Santo Domingo. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI