fbpx

Penat buat kejutan hari lahir, suami tak layan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita memegang kek untuk suaminya.

PETALING JAYA – Keterujaan seorang wanita menunggu kepulangan suaminya untuk membuat kejutan hari jadi bertukar hampa selepas lelaki berkenaan tidak melayan sebaliknya tergesa-gesa masuk ke rumah dan membuat perkara lain.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 39 saat yang dikongsikan di media sosial Tiktok, @Saha, seorang wanita kelihatan teruja untuk membuat kejutan hari jadi kepada suaminya namun tidak dilayan.

Sebaik saja suaminya membuka pintu rumah, wanita itu pantas menyanyikan lagu hari jadi buatnya. Namun lelaki itu dengan selamba tidak menghiraukan isterinya langsung dan terus menuju ke tempat lain sambil membuat muka ketat.

Bukan saja tidak melayan isteri, malah sedikit senyuman pun tidak diberi. Perkara itu membuatkan wanita tersebut kecewa, namun dia tetap tersenyum bagi menyembunyikan perasaan sedihnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai merasa marah dan memberi nasihat terhadap suaminya itu kerana tidak membuat sebarang reaksi terhadap isteri yang sanggup membuat kejutan.

“Saya pun kerja tapi balik penat kerja macam mana sekali pun tidak pernah sekali tunjuk letih pada isteri. Berapa banyak masalah kita sekali pun, jangan lupa dia isteri kita,” ujar @AimanSafwan.

“Kalau nak murah rezeki, nak hidup senang tolong bahagiakan isteri. Tak miskin dan tak merempat pun kalau kalahkan ego untuk keluarga sendiri yg membawa hingga ke akhirat,” kata @dyidee.

“Jangan sampai isterimu tiada lagi senyuman. Masa tu mungkin ada yang sedang menghargainya,” jelas @Darwisya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI