fbpx

Park So-dam hidapi kanser tiroid papillary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK SO-DAM

AKTRES filem Parasite, Park So-dam selamat menjalani pembedahan selepas didiagnosis menghidap kanser tiroid papillary baru-baru ini.

So-dam yang selesai menjalani pembedahan seperti disarankan doktor kini menjalani proses penyembuhan.

Perkara tersebut diumumkan agensinya, Artist Company.

Demi rawatan kesihatan, dia tidak dapat menyertai segala aktiviti promosi untuk filem terbaharunya Special Delivery yang dijangka menemui peminat pada 12 Januari depan.

“Park So-dam sangat kecewa kerana tidak dapat bersama peminat yang menunggu lama untuk menonton Special Delivery.

“Biarpun tidak dapat menyertai aktiviti promosi, tetapi dia akan hadir pada majlis tayangan kelak,” kata agensi tersebut.

Kanser tiroid papillary berlaku apabila sel dalam kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher seseorang menjadi tidak normal serta tumbuh tanpa kawalan dan kemudian membentuk tumor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI