fbpx

‘Oyen’ buat hal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kucing tersebut yang tersangkut pada bahagian batu sebuah longkang sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba.

PETALING JAYA – Kenakalan seekor kucing jantan yang tersangkut pada bahagian batu di sebuah longkang mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Kejadian tersebut telah berjaya dirakam @syedhairul769 menerusi dua buah video sebelum di muat naik di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video pertama berdurasi satu minit 20 saat itu, orang ramai tertanya-tanya bagaimana kucing tersebut boleh tersangkut sedangkan banyak lagi ruang yang boleh dilaluinya.

Kucing tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan sekumpulan anggota bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Video tersebut telah mendapat lebih 500 komen dan 2,000 reaksi orang ramai.

“Kenapalah nakal betul si manja ni, banyak jalan yang luas, yang sempit juga dia nak lalu. Nasib baik abang bomba datang tolong,” kata @RosRahmat.

“Ingatkan budak-budak sahaja yang boleh terlekat benda-benda macam ini, sekali ‘oyen’ pun sama naik,” seloroh @AlWardah.

“Dia yang tersangkut, dia yang marah abang bomba, tak nak tolong nanti baru tahu,” ujar @FaizGaming. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI