fbpx

Nafas cadang bantuan RM300 semusim kepada pesawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMRI (dua kanan) menyerahkan replika anugerah saham pelaburan kepada seorang penerima, hari ini.

SABAK BERNAM – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) telah mencadangkan kerajaan supaya memberikan bantuan berjumlah RM300 semusim kepada pesawah di seluruh negara sementara menunggu musim menuai padi.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, bantuan RM300 itu bukan sahaja membantu golongan berkenaan yang berdepan masalah kenaikan harga baja dan racun seterusnya meringan beban para pesawah yang dibelenggu kos sara hidup tinggi.

“Kerajaan secara dasarnya sudah bersetuju dengan kadar itu (RM300 semusim) namun ia terpulang kepada kerajaan untuk memutuskannya.

“Bantuan itu membantu pesawah untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana rata-rata mereka berpendapatan rendah,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar di Parit 1 Sungai Besar di sini, hari ini.

Jelas Zamri, seramai 380,000 pesawah akan menerima manfaat bantuan itu sekiranya dilaksanakan kelak dengan bantuan dicadangkan diberikan selama dua kali setahun mengikut musim penuaian padi.

“Tambahan pesawah sentiasa berusaha meningkatkan industri beras negara.

“Lagipun, bantuan itu sama seperti dinikmati pekebun kecil dan penoreh getah menerusi Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM300 sebulan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI