fbpx

Lebih 1,000 laporan dijangka keluar mulai bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UZIR ketika berucap merasmikan webinar Forum Pasaran Buruh dan melancarkan MyLMID secara maya di Putrajaya hari ini. – Foto ihsan DOSM

PUTRAJAYA – Setelah terlewat lebih setahun disebabkan isu wabak Covid-19, laporan sulung Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 bakal diterbitkan paling awal bulan depan.

Berita gembira itu diumumkan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, sekali gus melengkapkan bancian kali keenam dan terbesar dalam sejarah negara.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 atau MyCensus2020, turut memaklumkan bahawa seramai 32.3 juta penduduk atau 99.2 peratus populasi selesai dibanci pada 31 Oktober lalu.

“Alhamdulillah laporan penemuan awal dijangka keluar Januari nanti,” katanya ketika berucap melancarkan laman Data Interaktif Pasaran Buruh Malaysia (MyLMID) secara maya hari ini.

Beliau turut merasmikan webinar khas Forum Pasaran Buruh dengan kerjasama Biro Statistik Buruh Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Yayasan Peneraju Bumiputera secara maya.

Pelaksanaan bancian awam baharu itu bermula 7 Julai 2020 bersempena Hari Banci Negara dan sepatutnya tamat menjelang akhir tahun lepas namun dilanjutkan sehingga Oktober lalu.

Ia melibatkan lebih 50,000 pembanci dan turut menawarkan e-Census atau soal selidik atas talian yang diperkenalkan ketika Banci 2010 susulan kekangan pergerakan akibat Covid-19.

Projek bancian nasional setiap 10 tahun itu selaras dengan ketetapan Akta Banci 1960 yang kemudian dilakukan mulai 1970 sebelum diikuti lagi pada 1980, 1991, 2000 dan 2010 lepas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI