fbpx

KopTNB lancar MySenang.my, tawar diskaun dan rebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahamat (kiri) sedang menurunkan tanda tangan bersama Pengarah Kembara Ventures One Sdn Bhd, Idham Ismail menerusi memorandum persefahaman (MOU) di Koptown EDC Hotel.

KUALA LUMPUR – Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KopTNB) melancarkan MySenang.my yang membolehkan pengguna khasnya anggota koperasi memperbaharui cukai takaful dan cukai jalan secara dalam talian.

Pengerusinya, Rahamat Abdullah berkata, platform yang diperkenalkan itu menawarkan kaedah memperbaharui cukai jalan kereta dan motosikal dengan lebih mudah, pantas dan menjimatkan masa.

“Melalui pembaharuan takaful di platform ini, pengguna akan menerima diskaun sebanyak lima peratus dan rebat tiada tuntutan sehingga 20 peratus.

“Selain itu, kumpulan nasyid, UNIC dilantik menjadi duta kepada perkhidmatan ini dan terima kasih diucapkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang telah memperuntukan dana bagi membiayai promosi MySenang.my,” katanya dalam Majlis Aspirasi Transformasi Bisnes KopTNB di sini hari ini.

Tambah Rahamat, keanggotaan KopTNB hanya terbuka kepada pekerja tetap dan anak syarikat TNB dan kini mempunyai seramai 19,050 anggota.

Dalam pada itu, KopTNB juga melaksanakan satu perjanjian menerusi memorandum persefahaman (MOU) bersama Kembara Ventures One Sdn Bhd dalam usaha memperluaskan agenda transformasi digital sektor koperasi negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Marzuki Yasoa berkata, KopTNB mempunyai visi untuk menjadi pemangkin kepada usaha digitalisasi dalam sektor koperasi.

“Tujuannya, bagi membangunkan sistem integrasi Koptown Integrated Co-op System (KICS) serta membantu koperasi dalam menguruskan keanggotaan dan kewangan secara digital.

“Sejajar dengan inisiatif ini, KopTNB berharap KICS dapat melicinkan lagi operasi selain meningkatkan kemampuan dan daya saing koperasi-koperasi lain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI