fbpx

Kolej KEDA buka permohonan kemasukan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOlej KEDA menjadi pilihan kerana kebolehpasaran yang tinggi dan keperluan pasaran yang meningkat.

SIK – Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Kolej KEDA) di sini membuka permohonan kemasukan bagi golongan belia yang mahu menyambung pengajian dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara, kimpalan serta motosikal.

Pengarah Kolej KEDA, Che Ridzuan Mohamad Isa berkata, permohonan kemasukan bagi sesi Januari tahun depan itu dibuka bermula 16 Disember hingga 23 Disember ini.

“Program yang ditawarkan adalah Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Teknologi Kimpalan jenis TIG, Teknologi Kimpalan jenis SMAW dan Teknologi Motosikal,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Che Ridzuan, Kolej KEDA menawarkan banyak keistimewaan yang pastinya menarik perhatian pelajar.

“Antaranya adalah suasana belajar yang kondusif di samping beberapa kemudahan seperti makan dan minum serta penginapan asrama secara percuma,” ujarnya.

ermohonan sedang dibuka untuk golongan belia memohon program yang mereka minati.

Menurut Che Ridzuan, pihaknya bukan sahaja menekankan latihan kemahiran semata-mata, tetapi melaksanakan program kerohanian dan aktiviti kokurikulum untuk pemerkasaan modal insan dalam kalangan pelajar.

Mengulas lanjut, ujarnya, Kolej KEDA telah menjalin kerjasama dengan pelbagai industri antaranya Sapura Energy, SIRIM, Akademi Binaan Malaysia, Malaysia Chef Association, First Solar Malaysia, Phihoda Malaysia, Alam Serantau, Institut Automotif Robotik dan Lot Malaysia.

Kolej KEDA menjadi pilihan ramai kerana kebolehpasaran graduan selain permintaan pekerja berkemahiran yang semakin meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI