fbpx

Kehadiran Alves penting lonjak semangat Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVES (kiri) diturunkan buat kali pertama bersama Barcelona ketika mereka tewas menerusi penentuan penalti kepada Boca pada aksi awal pagi semalam. – AFP

RIYADH – Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez mengakui tidak sabar untuk menantikan impak yang bakal diberikan oleh tonggak pertahanan veteran, Dani Alves selepas membuat debut kedua pada aksi Piala Maradona di Stadium King Saud awal pagi semalam.

Pada perlawanan pertunjukan itu, Alves yang menyertai Barcelona secara percuma selepas kontraknya bersama Sao Paulo berakhir pada September gagal membantu The Catalans menang selepas tewas kepada Boca Juniors menerusi penentuan sepakan penalti 2-4 apabila aksi terikat 1-1 pada masa sebenar.

Sebagai rekod, khidmat Alves hanya boleh digunakan secara rasmi dalam aksi kompetitif apabila jendela perpindahan dibuka semula pada Januari depan.

Kata Xavi, kelibat pemain berusia 38 tahun itu sangat pen­ting untuk membantu pasukan memulihkan semula motivasi selepas gagal mencapai keputusan yang diharapkan dengan mengharungi musim cukup hambar ketika ini.

“Saya sangat gembira melihat aksi debut kedua yang dipamerkan oleh Alves kerana dia berjaya membuktikan meskipun pada usianya ketika ini, tahap kecergasan dan stamina masih setanding dengan pemain-pemain muda.

“Selain itu, saya juga puas menyaksikan kelibat beberapa pemain kami yang jarang ­mendapat minit permainan sebelum ini seperti Riqui Puig, Neto dan Philippe Coutinho ­turut mempamerkan aksi yang cemerlang menentang pasukan berkualiti seperti Boca Juniors,” katanya.

Barcelona akan mengalihkan tumpuan untuk mengharungi aksi La Liga bertemu Elche pada awal pagi Sabtu ini sebelum menutup tirai saingan tahun ini menentang Sevilla pada minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI