fbpx

Ingatkan Khai Bahar yang kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO TikTok Khai Bahar baru-baru ini hampir membuatkan peminat terkesima kerana dia yang sedang melangsungkan perkahwinan.

TERKEJUT. Itu yang Mizz Lahar rasa selepas menonton sebuah video TikTok milik Khai Bahar.

Dalam video tersebut, Khai dilihat sedang memegang jambangan bunga tangan seperti yang selalu dipegang oleh pengantin.

Tunggu punya tunggu, rupa-rupanya video tersebut sempena majlis perkahwinan orang lain.

Sementara itu, ruangan komen video berkenaan dibanjiri dengan kekecewaan peminat yang menyangka penyanyi kesayangan mereka sudah berkahwin.

“Ingatkan betul-betul, rupa-rupanya orang lain. Nasib baik tak sempat meroyan,” luah seorang peminatnya.

“Giliran Khai bila pula?” soal seorang netizen.

Jawab pelantun Luluh itu: “Entahlah.”

Nampaknya ramai yang akan kecewa jika Khai Bahar benar-benar akan berkahwin. Sabarlah ya semua, kumbang bukan seekor. Semoga Khai akan cepat bertemu jodoh!

MIZZ LAHAR: Ada netizen yang mula bising apabila Adibah Noor kerap dapat lagu berentak balada dalam Gegar Vaganza. Katanya mereka ingin sesuatu yang berbeza dan lebih mencabar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI