fbpx

Dua premis makanan dikompaun guna alat timbang tamat tempoh, tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dottie Azlina (dua dari kanan) bertemu pelanggan ketika pemeriksaan di premis makanan pada Ops Menu dan Ops Samar di sekitar Ipoh, semalam. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Dua buah premis makanan di sini dikenakan kompaun selepas didapati menggunakan alat timbang tamat tempoh dan gagal menentusahkan alat timbang berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Dottie Azlina Ismail berkata, tindakan kompaun ke atas premis tersebut diambil mengikut Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan tadi (semalam), kita dapati dua buah premis melakukan kesalahan berkaitan alat timbang dan kita telah pun keluarkan kompaun ke atas mereka.

“Ini adalah langkah proaktif yang diambil KPDNHEP bagi melindungi pengguna supaya apa yang mereka bayar itu adalah seperti dinyatakan. Apabila guna alat timbang, pengguna tidak tahu sama ada timbangan itu betul atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan Ops Menu dan Ops Samar di premis menyediakan makanan sedia masak dan hasil laut sekitar Ipoh semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan atas kehadiran orang ramai mahupun pelancong dengan mengenakan harga tinggi serta timbangan tidak tepat.

Katanya, peniaga juga perlu meletakkan tanda harga pada setiap hidangan dan adalah menjadi satu kesalahan jika gagal berbuat demikian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI