fbpx

Dominic sedia baiki permainan menjelang menentang Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOMINIC (dua dari kanan) sedia memperbaiki gaya permainan jika beraksi menentang Indonesia di Stadium Nasional, Singapura nanti.

PERTAHANAN skuad Harimau Malaya, Dominic Tan berjanji akan memperbaiki kelemahan dalam memastikan benteng negara kekal ampuh menjelang pertemuan menentang Indonesia dalam saingan terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki, Ahad ini.

Sebagai rekod, kelibat Dominic dikritik hebat susulan aksi hambar ketika menyarung jersi skuad kebangsaan ketika tewas 0-3 kepada Vietnam di Stadium Bishan, Singapura, Ahad lalu.

Kini, khidmat Dominic kembali menjadi sandaran selepas dua tonggak pertahanan utama, Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Shahrul Saad mengalami kecederaan dan terpaksa disisihkan bertemu skuad Sang Garuda nanti,

Dominic yang juga bekas pemain Police Tero itu berkata, kesilapan yang dilakukan ketika menentang Vietnam sudah diketahui dan sedia memperbaiki gaya permainan pada aksi ter­akhir di Stadium Nasional, Singapura nanti.

“Saya akur dengan kritikan yang dilemparkan tetapi pada saya, sesiapa sahaja boleh cakap apa-apa tentang seseorang. Bagi saya ia tidak menjadi masalah dan fokus saya tidak terjejas menjelang aksi menentang Indonesia.

“Saya tahu mana kelemahan dan kekuatan saya pada setiap perlawanan dan kesilapan yang dilakukan ketika bertemu Vietnam sudah tentu akan saya perbetulkan semula.

“Saya bermain untuk pasukan, keluarga, diri sendiri dan untuk semua penyokong bola sepak tanah air. Semua yang datang ke sini, berkorban demi negara dan sudah tentu kami mahu mendapatkan keputusan terbaik,” katanya.

Ketiadaan Shahrul dan Aidil menyaksikan Dominic yang akan mewakili kelab Sabah FC tahun depan dijangka bergandingan dengan pemain kacukan negara yang berpangkalan di Eropah, Dion Cools di posisi pertahanan tengah pada Ahad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI