fbpx

Danial Syahmi lebar sayap ke CEV Moto3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIAL gembira kerana impiannya untuk melebarkan karier perlumbaan motosikal akhir tercapai apabila menyertai Kejohanan CEV Moto3 Remaja Dunia 2022.

SELEPAS mempamerkan aksi cukup cemerlang dalam saingan Asia Talent Cup (ATC), pelumba berbakat negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril sah menyertai saingan Kejohanan CEV Moto3 Remaja Dunia 2022.

Perkara itu disahkan sendiri Danial selepas dimaklumkan oleh pengurusnya iaitu Zulfahmi Khairuddin mengenai perjalanan kariernya pada musim 2022 nanti selepas beliau akan beraksi bersama Junior Talent Team.

Justeru, Danial menjelaskan, impiannya untuk melebarkan pengalamannya dalam karier perlumbaan motosikal akhir tercapai sekali gus bertekad untuk memburu keputusan lebih cemerlang selepas ini.

“Saya rasa gembira sebab sudah diumumkan akan menyertai perlumbaan CEV Moto3 bagi musim 2022. Saya berbangga ke­rana impian saya untuk meneruskan karier ke pentas lebih tinggi tercapai.

“Tahun depan, tugas saya akan lebih mencabar dan saya perlu tunjukkan keputusan lebih baik berbanding keputusan yang saya capai di ATC.

“Jadi, saya bertekad untuk mengutip mata sebanyak mungkin di CEV dan memberi saingan cukup baik untuk terus membanggakan nama Malaysia di pe­ringkat antarabangsa,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Difahamkan, naib juara ATC 2021 itu akan bersama tiga lagi pelumba dari Indonesia, Thailand dan Britain.

“Saya akan beraksi bersama pasukan Asia Talent Team, manakala pelumba Indonesia, Fadillah Aditama akan beraksi dengan penaja utama iaitu Astra Honda Racing dan Tatchakorn Buasri pula di bawah AP Honda Racing.

“Ini adalah berita baik buat pelumba Asia dan saya akan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan keputusan lebih baik,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI