fbpx

Cub Prix tawar dua buah motosikal buat penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJUR Kejuaraan Cub Prix Malaysia menyediakan dua buah motosikal iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X 2022 buat para penonton bertuah ke Litar Sepang Selatan bermula 17-19 Disember ini.

KEJUARAAN Cub Prix Malaysia bagi musim 2021 bakal me­labuhkan tirainya di Litar Sepang Selatan pada 17 hingga 19 Disember ini dengan menyajikan pertarungan sengit terutama membabitkan perebutan gelaran keseluruhan bagi musim 2021.

Selain perebutan untuk gela­ran juara keseluruhan, pusingan penutup musim ini bakal menyajikan kejutan buat para penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan di Litar Sepang Selatan itu pada 19 Disember nanti.

Pihak penganjur telah menyediakan dua buah motosikal iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X 2022 buat para penonton bertuah. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, penonton ha­nya perlu membeli ‘Happy Bag’ Cub Prix dengan harga RM50.

YVONNE NG

Menurut Pengurus Pemasaran dan Promosi Safe Aim Mutual Sdn. Bhd., Yvonne Ng, untuk pembelian satu beg, para penonton akan mendapat satu kupon untuk menyertai cabutan bertuah itu dan jika membeli dua Happy Bag tersebut, pembeli akan menerima tiga kupon cabutan bertuah.

“Lagi banyak penyertaan, lebih cerah peluang untuk menang hadiah sebuah motosikal yang sedang trending ketika ini.

“Selain motosikal sebagai ha­diah utama, beberapa hadiah lain disediakan termasuk KYT helmet, baju hujan Koyoko, baju-T Corsa, barangan Racing Boy dan banyak lagi,” kata Yvonne.

Majlis cabutan untuk pemenang cabutan bertuah Happy Bag Cup Prix itu akan diadakan pukul 4 petang pada 19 Disember di pentas utama litar tersebut.

Masuk adalah percuma untuk menyaksikan kejuaraan tahunan terhebat negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI