fbpx

China kekal rakan dagang terbesar Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu menyaksikan ucapan Perdana Menteri yang diadakan secara maya pada Majlis Perasmian GCETS di Batu Ferringhi di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia biarpun ketika berdepan krisis semasa Covid-19 apabila kedua-dua negara terus memperkuatkan ikatan ekonomi yang dijalin sejak 1974.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia yang menjadi negara perintis ASEAN yang mengikat hubungan diplomatik secara rasmi dengan China itu mahu hubungan strategik tersebut kekal terikat.

“China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 dan menyumbang 18.6 peratus daripada keseluruhan pelaburan Malaysia pada 2020.

“Eksport ke China direkodkan tertinggi pada 2020 dengan berkembang sebanyak 11.1 peratus menjadi AS$37.77 bilion (RM159.77 bilion), manakala China juga menjadi sumber import terbesar Malaysia iaitu sebanyak 21.5 peratus,” katanya menerusi ucapan yang disiarkan secara maya hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Ekonomi dan Teknologi China Antarabangsa 2021 (GCETS) di Batu Ferringhi di sini yanh dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Turut mengadakan ucapan secara maya ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Duta Besar China, Ouyang Yujing.

Sementara itu, menerusi ucapan tersebut, Perdana Menteri berkata, China juga merupakan pelabur luar terbesar negara dalam sektor pembuatan dalam tempoh lima tahun sejak 2016 sehingga 2020.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsan dan Industi menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan 243 projek dengan jumlah pelaburan AS$14.91 bilion (RM63.07 bilion) dan menyumbang 50,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

“Syarikat-syarikat terkenal China seperti Huawei, Longi Solar, Jinko Solar, Alliance Steel, Alibaba Group dan banyak lagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan dan kehadiran syarikat-syarikat ini menggambarkan ekosistem mesra pelabur di Malaysia.

“Selain itu, kolaborasi ekonomi China dan Malaysia turut diperkuatkan dengan menandatangani Five Year Program for Economic and Trade Cooperation serta Belt and Road Initiative masing-masing pada 2013 dan 2017,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI