fbpx

“Allah ada jaga Mimi, Ameena selalu” – Shakila Khoriri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN melalui episod duka dalam hidup, Shakila tetap positif dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya serta bekas suami dan anak mereka.

PETALING JAYA – Selepas mengejutkan ramai dengan berita keruntuhan rumah tangga bersama Fizi Ali semalam, pelakon Shakila Khoriri tetap optimis meneruskan kehidupan seperti biasa.

Shakila, 32, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebaikan buat dirinya, bekas suami serta anak mereka.

“Terima kasih doa kalian pada kami bertiga. Keluarga, saudara mara, kawan rapat sampailah kalian yang saya sendiri tak pernah kenal.

“Tapi masih doa yang baik-baik untuk kehidupan akan datang buat kami. Saya hargai sangat,” tulisnya menerusi perkongsian dalam Instagram beberapa jam lalu,

Perpisahan yang berlaku antara pelakon drama Selamat Malam Tan Sri itu dengan Fizi yang merupakan penyampai radio Suria FM cukup mengejutkan ramai orang.

Hal ini kerana, pasangan itu terlihat cukup bahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri bersama anak kesayangan mereka, Ameena yang kini berusia dua tahun.

Tambah Shakila, dia memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap doa dan kebaikan yang diucapkan kepadanya.

“Saya minta maaf sebab tak termampu untuk jawab semua. Semoga Allah berkati kita semua dan balikkan doa kalian semula.

“Mari teruskan kehidupan. Allah ada jaga Mimi (gelaran dirinya) dan Ameena. Selalu,” tulisnya lagi pada ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian tersebut, Shakila memuat naik sebuah video berbahasa Inggeris merujuk kepada situasi yang sedang dihadapinya kini berbunyi: “Tak mengapa Tuhan. Tak mengapa, saya percayakan-Mu.”

Semalam, Fizi menerusi Instagramnya memaklumkan dia dan Shakila mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing selepas tiga tahun berkahwin.

Bagaimanapun, pasangan itu sepakat membesarkan anak mereka, Nurul Ameena Sofea, 2, bersama-sama.

Untuk rekod, Fizi dan Shakila mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI