fbpx

7 lagi mayat PATI bot karam dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan sanitasi ke atas mayat PATI yang ditemui mati lemas di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Tujuh lagi mayat mangsa bot karam di Tanjung Balau, di sini dijumpai pada hari kedua operasi dan menyelamat (SAR) pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata, mayat tiga lelaki dan dua wanita itu ditemui berhampiran lokasi kejadian berlaku.

“Mayat pertama ditemui pada pukul 6.45 pagi pada jarak 10 meter dari pangkalan hadapan carilamat (PHC).

“Mayat kedua ditemui pada pukul 6.52 pagi pada jarak 100 meter dari PHC manakala mayat ketiga ditemui pada pukul 7.30 pagi pada jarak 2 kilometer (km) dari PHC. Kesemua mereka adalah lelaki.

“Manakala mayat keempat ditemui pada pukul 7.30 pagi pada jarak 2 km dari PHC dan mayat kelima ditemui pada pukul 7.46 pada jarak 2.5 km dari PHC. Di mana kedua-duanya adalah wanita,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Simon berkata, dua lagi mayat lelaki dewasa ditemui pada pukul 10 pagi berhampiran PHC dan setakat ini 18 mayat telah ditemui.

Katanya, operasi mencari mangsa masih diteruskan dengan menggerakkan aset pesawat APMM, AW 139 yang berada di sektor pencarian pada pukul 8 pagi tadi.

Operasi turut melibatkan bantuan agensi lain untuk mengesan dianggarkan 20 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang masih hilang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI