fbpx

Wanita dakwa diselamatkan ‘Superman’ ketika puting beliung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angka kematian akibat puting beliung di Kentucky mengorbankan hampir 100 orang dengan ramai lagi mangsa dilaporkan hilang dalam bencana itu. - AFP

KENTUCKY – Seorang wanita mendakwa telah diselamatkan oleh ‘Superman’ dalam kejadian puting beliung yang membadai negeri Kentucky, Amerika Syarikat, pada 10 Disember lalu, lapor laman berita Wionews semalam.

Autumn Kirks, ketika kejadian sedang bekerja di sebuah kilang lilin di Mayfield sebelum ribut puting beliung melanda kawasan itu yang mengakibatkan dia kehilangan teman lelakinya, Lannis Ward.

Kirks bersama tiga rakannya yang lain terperangkap di sebalik runtuhan konkrit ketika melalui sebuah laluan di dalam kilang itu.

Runtuhan itu kemudiannya diangkat oleh seorang lelaki tidak dikenali yang kemudiannya menyelamatkan beberapa individu termasuk dirinya.

Dia menggelar lelaki itu sebagai ‘Superman’ kerana telah menyelamatkan ramai mangsa.

“Jika bukan kerana dia, saya mungkin masih berada di bawah tembok itu.

“Saya tidak tahu siapa dia. Saya harap saya tahu, jadi boleh berterima kasih kepadanya. Kami terselamat kerana dia,’’ katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI