fbpx

Verstappen guna No. 1 pada jentera musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN akan menggunakan No. 1 pada jenteranya bagi saingan F1 musim depan berbanding No. 33 yang digunakannya ketika ini. – AFP

ABU DHABI – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen mengesahkan dia akan menggunakan No. 1 pada jenteranya dalam usaha mempertahankan kejuaraan pada saingan musim depan.

Pelumba dari Belanda itu dinobatkan juara dunia baharu selepas memenangi perlumbaan penuh kontroversi pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina Ahad lalu mengatasi pencabar terdekat, Lewis Hamilton.

Verstappen mengakui, dia akan menggunakan No. 1 pada jenteranya kerana menganggap peluang tersebut tidak selalu datang, sekali gus enggan mensia-siakannya.

“Sudah tentu saya akan menggunakannya (No. 1) musim depan. Berapa kali anda boleh gunakan nombor tersebut? Saya tidak tahu, mungkin hanya datang sekali seumur hidup.

“Bagi saya, ia adalah nombor terbaik dalam perlumbaan se­perti ini, jadi saya tidak teragak-agak untuk menggunakannya. Saya akan cuba bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kejuaraan ini,” ujarnya.

Tambah Verstappen, dia gembira dengan kejayaan merangkul kejuaraan dunia selepas berhempas pulas sepanjang musim ini selain berdepan tentangan sengit Hamilton yang merupakan juara dunia tujuh kali.

“Sepanjang musim ini, semuanya baik-baik sahaja dan saya sentiasa fokus dalam setiap perlumbaan. Bagaimanapun, perlumbaan terakhir sangat mendebarkan kerana kami bersaing untuk kejuaraan dunia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI