fbpx

UiTM lonjak tangga 150 terbaik ranking UIGM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) melonjak 34 anak tangga ke kedudukan ke-150 terbaik di dunia daripada keseluruhan 956 institusi pengajian tinggi lain dalam penarafan UI Green Metric (UIGM) World University Rankings 2021 yang diumumkan semalam.

UiTM dalam kenyataannya berkata, kedudukannya masih kekal di tangga kesembilan daripada 28 universiti tempatan yang mengambil bahagian secara keseluruhannya.

“Penyertaan universiti tempatan pada tahun ini juga meningkat berbanding 20 universiti pada tahun sebelumnya.

“Penarafan tersebut diperkenalkan oleh Universitas Indonesia (UI) dengan tujuan untuk menukar komitmen universiti terhadap usaha melestarikan kampus.

“Ini berdasarkan enam kriteria utama iaitu Infrastruktur, Bahan Buangan, Air, Tenaga, Pengangkutan serta Pendidikan dan Penyelidikan,”katanya.

Jelasnya, walaupun berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan kesannya sejak dua tahun lepas, institusi itu terus nekad dalam usahanya untuk menjadi Kampus Bestari menjelang 2025.

Tambah UiTM, ini selaras dengan Teras Strategik 8 (Smart Campus) dalam Pelan Strategik UiTM2025.

“Penubuhan UiTM Green Centre dan Institut Kelestarian dan Biodiversiti yang ditubuhkan pada tahun lalu adalah antara usaha dan komitmen UiTM ke arah mencapai agenda tersebut,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI