fbpx

Tindakan menyerang institusi diraja tidak selesai masalah negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah dalam satu kenyataan hari ini.

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyerang institusi diraja tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara yang telah dicipta sendiri beliau termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, tindakan tidak menunaikan janji juga merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

“Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum.

“Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.

“Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD,”titahnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata, berkenaan isu Statut Rom dan ICERD, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi Tun juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia.

Jelasnya, perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan mengugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI