fbpx

Tiada pembangunan loji arang batu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menetapkan tiada pembangunan loji arang batu baharu pada masa akan datang sebagai langkah pengurangan karbon untuk mencapai “Carbon Neutral” sebelum tahun 2050.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengambil langkah mengurangkan penggunaan arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan meletakkan sasaran 31 peratus kapasiti penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang tahun 2025 dan 40 peratus penggunaan TBB menjelang tahun 2035 dalam perbekalan elektrik negara.

“Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Tahun 2020-2039 telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 23 Disember 2020 untuk mengurangkan pembebasan karbon daripada sektor pembekalan elektrik secara berperingkat.

“Pelan TBB sedia ada akan ditambah baik dan kerajaan menetapkan tiada pembangunan loji baharu di masa akan datang untuk mencapai aspirasi nasional sifar karbon pada tahun 2050″,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Charles Anthony Santiago (PH-Klang) yang mahu mengetahui mengenai rancangan kerajaan untuk mengeluarkan pengeluaran karbon dan mencapai sifar karbon menjelang tahun 2050.

Takiyuddin berkata, kerajaan tidak boleh menghentikan operasi loji arang batu pada masa kini secara serta-merta kerana terikat dengan perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) yang masih belum tamat tempoh.

“Kerajaan kini sedang mengkaji pendekatan untuk tidak membuat memperbaharui perjanjian ini dengan penambahbaikan pelan TBB yang sedang dilaksanakan,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI