fbpx

Stail Alvin Chong pikat jenama global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVIN CHONG

HAMPIR satu dekad berkecimpung dalam dunia seni, ‘cap dagang’ Alvin Chong selaku pelakon dan penyanyi semakin kukuh.

Meskipun lebih dikenali sebagai pelakon sejak membintangi drama Suri Hati Mr. Pilot dan Takdir Yang Tertulis, anak kelahiran Pulau Pinang itu terlebih dahulu mencuba nasib dalam bidang nyanyian menerusi pertandingan nyanyian Astro Star Quest pada 2012.

Biarpun terpaksa berhempas pulas, lelaki berusia 30 tahun itu kini mampu tersenyum bangga dengan pencapaian seninya.

Enggan menoleh ke belakang Alvin kini fokus terhadap kerjaya berbanding kehidupan peribadinya.

Jejaka yang pernah digosipkan bercinta dengan gadis Melayu itu juga belum terfikir untuk berumah tangga kerana mahu mengekalkan momentum karier yang kian lebat dengan tawaran lakonan dan kerjasama pelbagai jenama.

“Andai mempunyai jodoh saya tidak kisah jika berkahwin dengan gadis Melayu, Cina, India atau Iban.

“Jika serasi dengan gadis mana-mana kaum pun saya tidak kisah, saya jalan sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayangku Salmah itu terkejut apabila lagunya itu mendapat sambutan baik dan tular dalam aplikasi TikTok.

“Saya tidak menyangka lagu ini akan popular kerana tidak dimainkan di stesen radio dan laman penstriman pun kurang jika mahu dibandingkan penyanyi lain.

“Lagu Sayangku Salmah antara lagu yang pendengar suka. Mereka tidak menyangka penyanyi berbangsa Cina seperti saya boleh menyanyikan lagu seperti itu.

“Bagi peminat ini sebuah karya yang segar. Nama Salmah sendiri sangat sinonim dan dekat dalam komuniti Melayu.

“Saya rasa setiap orang mesti ada kawan atau ahli keluarga bernama Salmah,” kongsinya.

Ikon fesyen

Terbaharu, Alvin terpilih sebagai rakan jenama jam tangan terkemuka, Longines dari Switzerland. Pemilihan Alvin dibuat berdasarkan personaliti dan stail fesyennya yang dirasakan seiring dengan jenama terbabit.

Sebagai permulaan kerjasama, Longines telah melancarkan siri kempen yang dibintangi oleh Alvin.

Dalam kempen pertamanya bersama Longines, Alvin Chong memakai The Longines Master Collection dan The Longines Legend Diver Watch yang menampilkan rekaan lebih lasak, namun masih anggun serta berkarakter moden seperti koleksi jam tersebut.

“Saya bangga dapat berkongsi nilai yang sama dengan seluruh dunia.

“Satu penghargaan besar buat saya dapat menyertai keluarga Longines yang penuh dengan nama-nama besar dunia lakonan dan sukan seperti Eddie Peng.

“Saya benar-benar teruja dengan kerjasama ini,” kongsi Alvin berkenaan kolaborasi bersama Longines.

Selain Longines, Alvin sebagai ikon fesyen telah bekerjasama dengan banyak jenama terkemuka dunia antaranya Fendi, Coach dan Louis Vuitton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI