fbpx

Songket diiktiraf dalam Senarai Wakil UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Ratu Kain tenunan Melayu iaitu songket, sekali lagi melakar sejarah apabila disenaraikan di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada Mesyuarat ke-16 Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, sesi tersebut berlangsung pada 13 hingga 18 Disember ini secara online dari Ibu Pejabat Bandar Raya Kreatif oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis.

“Keputusan pencalonan songket telah diumumkan pukul 5.55 petang (waktu Malaysia) hari ini. Penyenaraian cukup berprestij ini diputuskan oleh jawatankuasa tersebut yang dianggotai oleh 24 negara anggota Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003 yang dipengerusikan oleh Sri Lanka.

“MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara telah mencalonkan songket di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO. Dokumen pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara ini telah dikemukakan kepada pihak sekretariat UNESCO pada 31 Mac tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengiktirafan UNESCO itu bakal meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan melindungi kelestarian seni dan warisan turun-temurun pelbagai etnik dan kaum di Malaysia, termasuk pengamal seni dan warisan tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI