fbpx

Song Ji-hyo pernah jadi pelayan kafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG JI-HYO

EPISOD terbaharu program Running Man berjudul Ji Suk-jin’s Cells dilihat hadir dengan konsep istimewa yang diambil daripada drama Yumi’s Cells.

Menerusi paparan episod tersebut, Suk-jin dan Yoo Jae-suk mengimbau ketika zaman muda mereka apabila kerap mengunjungi sebuah kafe di kejiranan Apgujeong, Seoul.

Kata Jae-suk, kawasan tersebut sering meriah dengan kehadiran pengunjung yang berpesonaliti menarik selain ramai selebriti melakukan kerja sambilan di kafe yang terdapat di situ.

“Ramai selebriti bekerja di situ secara sambilan. Dengan harapan agar ada orang melihat mereka. Sebab sejak dulu, memang ramai selebriti yang diambil menyertai industri ketika bekerja di kafe,” ujarnya.

Menyedari hal berkenaan, mereka teringat dengan cerita yang berlaku kepada Song Ji-hyo yang sebelum ini juga pernah bekerja sambilan di kafe ketika zaman mudanya.

“Ya, saya pernah bekerja sambilan di kafe,” ujar Ji-hyo.

Kim Jong-kook yang memuji kecantikan Ji-hyo pula mencelah dengan mengakui, aktres itu sememangnya mudah mencuri perhatian orang ramai.

“Ketika zaman muda, tak ramai yang boleh bekerja di kafe. Dia memang popular,” kata Jong-kook.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI