fbpx

Siapa sahaja boleh jadi pembida – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Aliff Syukri

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menegaskan, sesiapa sahaja layak untuk mengambil bahagian dalam proses lelongan aset milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat.

“Siapa pun layak ikut serta proses lelongan itu. Tak kisah siapa pun dia, semua boleh (bida harta lelongan Sajat),” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas ditanya berhubung kaitan dirinya dengan seorang individu yang berjaya membida aset Sajat pada nilai RM132,000.

Individu terbabit dikenali sebagai Muhammad Syazwan Ahmad Fiesol dan namanya mula kecoh di media sosial selepas didakwa pembantu peribadi Aliff Syukri.

Sementara itu, Aliff Syukri juga enggan memberi sebarang komen mengenai Syazwan termasuklah kisah lelaki terbabit yang dikatakan sedang bercuti ke luar negara ketika ini.

Kosmo! hari ini melaporkan lelongan aset Sajat di Jalan Polo, Kota Damansara dekat sini bertukar kecoh apabila pembida yang berjaya membeli 40 aset usahawan kontroversi itu lesap dan gagal dikesan setakat malam tadi.

Peguam Zeti Zulkifli daripada NHA Advocates & Solicitors yang mewakili bekas stokis terbesar Sajat, OWA Resources Sdn. Bhd. dilaporkan berkata, lelaki itu hilang selepas mengatakan mahu mengambil wang di bank.

“Kami tunggu sehingga pukul 4 petang, namun dia masih tidak muncul. Kami kemudian hubungi mahkamah untuk dapatkan tarikh baharu arahan bagi melelong aset Sajat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI