PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.99 kepada RM3 seliter bermula esok sehingga 22 Disember depan.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit petrol dan diesel pula kekal masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – K! ONLINE