fbpx

Pembantu tadbir hospital universiti bakal didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang pembantu tadbir sebuah hospital Universiti Awam (UA) bakal didakwa atas salah guna kedudukan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur esok.

Suspek wanita berusia 53 tahun itu terdahulu ditahan pukul 2.50 petang selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek telah menyalahgunakan kedudukannya bagi kerja-kerja kelengkapan kakitangan sebuah hospital awam dari tahun 2017 hingga tahun lalu.

“Ini dengan terlibat dalam keputusan memilih syarikatnya sendiri bagi kerja-kerja pembekalan itu yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa esok pagi ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI