fbpx

Nik Ezanee kini pegawai pengiring PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Ezanee

PETALING JAYA – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal kini dilantik sebagai pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Difahamkan, Nik Ezanee dilantik sebagai pegawai pengiring Perdana Menteri bermula hari ini.

Sementara itu, Nik Ezanee ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi tidak menolak mengenai berita pelantikan tersebut namun tidak dapat mengulas lanjut kerana kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan.

Nik Ezanee sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sebelum menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI