fbpx

Lebih 850 juta baucar Shopee dituntut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – 12.12 Jualan Hari Jadi Shopee telah mencatat kunjungan melonjak sebanyak enam kali berbanding hari biasa dengan lebih daripada 850 juta baucar Shopee dituntut di seluruh rantau.

Pesanan di Shopee Mall juga melonjak sebanyak 14 kali ganda berbanding hari biasa dan satu daripada lapan pengguna adalah pembeli yang membeli di Shopee Mall buat kali pertama.

Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, pihaknya berbesar hati terhadap prestasi jualan yang positif untuk menutup tirai tahun ini dan pe­nganjuran jualan tersebut berlangsung dengan jayanya.

“Tahun 2021 adalah tahun yang mempercepatkan peralihan kepada digitalisasi. Kami dapat melihat perkara ini melalui pe­ningkatan pelanggan yang me­ngutamakan pembelian dalam talian serta bilangan penjual yang baharu kepada platform kami” katanya dalam kenyataan.

Pang menjelaskan, peralatan rumah adalah barangan popular yang menjadi pilihan pembeli membeli semasa Midnight Madness yang bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi.

“Lebih 3,000 pesanan telah dibuat untuk pembersih vakum robot dalam masa dua jam.

“Ibu bapa juga mengambil peluang untuk mempersiapkan anak-anak mereka untuk penggal persekolahan baharu dengan membeli pelbagai alat tulis se­perti pensel, kotak pensel, pe­ngasah dan banyak lagi.

“Pada hari tersebut, hampir 870,000 unit produk alat tulis telah dibeli,” jelasnya.
Tambah Terence, peningkatan trafik semasa sambutan 12.12 telah memberi pendedahan yang lebih besar kepada lebih ramai penjual.

“Hasilnya, penjual tempatan daripada kategori kelengkapan rumah dan kediaman secara kolektif menjana jualan berjumlah RM4.8 juta dalam masa sehari pada 12 Disember,” terangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI