fbpx

Lanjutan permohonan PLKS dibuka mulai 20 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee Daud

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) mengumumkan bahawa permohonan pelanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi Program Rehiring akan dibuka mulai 20 Disember ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya menggesa supaya semua majikan mengambil peluang ini untuk memperbaharui PLKS pekerja masing-masing.

Beliau berkata, menerusi lanjutan permohonan ini, pekerja dan majikan mestilah tidak melanggar apa-apa syarat pas yang dikeluarkan semasa penggajian di bawah Program Rehiring.

“Selain itu, pekerja yang telah disenaraihitam adalah tidak layak untuk memohon lanjutan ini. Malah, pekerja juga tidak boleh bertukar majikan atau sektor, kecuali melalui kelulusan khas Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kami juga menetapkan hanya majikan dan wakil majikan yang sah dibenarkan mengemukakan permohonan lanjutan ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, lanjutan PLKS ini hanya dibenarkan secara dalam talian melalui ePLKS atau MyEG selain tertakluk kepada prosedur penggajian pekerja asing yang berkuat kuasa.

Khairul berkata, majikan boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai pelanjutan tempoh penggajian bagi pekerja PLKS di bawah Program Rehiring ini di laman sesawang JIM di pautan www.imi.gov.my. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI