LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menjangkakan aksi menarik bakal dihidangkan pasukannya ketika menentang Inter Milan di pusingan 16 pasukan terbaik saingan Liga Juara-Juara.
Klopp berasakan prestasi semasa Inter Milan yang kini mendahului carta Serie A dan kualiti pemain dimiliki dirasakan mampu beri ancaman buat Liverpool.
Tidak hairanlah selepas undian semula dilakukan menyaksikan Klopp sendiri banyak menghamburkan pujian kepada barisan bintang dimiliki Inter Milan.
Tiga bintang Inter Milan menjadi perhatian Klopp, malah ada di antaranya sudah biasa beraksi di Anfield.
Untuk itu, pengurus dari Jerman itu tidak miliki cara lain kecuali mempersiapkan pasukan untuk berdepan pasukan yang dibarisi salah penyerang terbaik dunia.
“Jelas sekali kami cukup mengenali Alexis Sanchez dan Edin Dzeko. Lautaro Martinez juga salah seorang penyerang terbaik di dunia.
“Ini adalah aksi Liga Juara-Juara dan semuanya berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak sabar untuk menghadapinya.”
Pada undian pertama yang dibatalkan, The Reds sepatutnya menentang Red Bull Salzburg, sebaliknya undian semula menyaksikan Inter Milan bakal berikan aksi lebih getir buat Liverpool.
Musim ini, anak-anak buah Klopp sudah pun pernah merasai aksi di San Siro ketika menewaskan AC Milan 2-1 pada aksi terakhir peringkat kumpulan. – AGENSI