fbpx

Kehadiran Cools tepat pada masanya – Cheng Hoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DION COOLS dijangka memperkuatkan benteng pertahanan skuad Harimau Malaya menjelang aksi menentang Indonesia pada Ahad ini.

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD

LEPAS satu, satu lagi masalah mengganggu fikiran Tan Cheng Hoe.

Rumusan itu paling tepat untuk menggambarkan situasi memeningkan yang sedang dihadapi Cheng Hoe selepas dua pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad yang sah tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Indonesia, 19 Disember ini.

Apa yang sedikit melegakan Cheng Hoe pastinya kehadiran Dion Cools yang dijangka tiba di Singapura, pagi Khamis ini.

“Kita harap keadaannya baik saja kerana perbezaan masa dan juga cuaca. Kita juga berkomunikasi dengannya dan dia pun sudah bersiap sedia untuk hadapi Piala AFF Suzuki.

“Dia pemain berpengalaman dan kita harap dia mampu sesuaikan diri dengan pasukan. Kita harap apa yang dia ada mampu bantu pasukan,” katanya ketika sidang akhbar secara dalam talian semalam.

Aksi menentang Indonesia menjadi penentuan ‘hidup mati’ buat Harimau Malaya selepas tewas 3-0 kepada Vietnam pada perlawanan ketiga Kumpulan B, Ahad lalu.

Kali terakhir Cools menyarung jersi Harimau Malaya adalah pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jun lalu.

Cheng Hoe enggan pemainnya terlalu dibuai rasa kecewa atas kekalahan kepada Vietnam sebaliknya cuba menjadikannya sebagai pengajaran berguna.

Pada masa sama, Cheng Hoe juga mahu pemainnya berada dalam keadaan bersedia khususnya untuk aksi menentang Indonesia yang sentiasa menjanji­kan sentimen perseteruan antara kedua-dua negara.

“Setiap kali lawan Indonesia perlawanan pasti berlangsung sengit dan kita boleh lihat sejarah bola sepak kedua-dua negara cukup sengit.

“Saya harap perlawanan dapat berjalan baik dan tidak mahu pemain diganggu.

“Kita akan fokus kepada permainan sendiri tanpa perlu hiraukan sebarang provokasi luar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI