fbpx

Jemaah asing berusia 12 tahun dibenar tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah membenarkan jemaah asing berusia 12 tahun dan ke atas untuk menunaikan umrah, sekali gus membatalkan syarat sebelum ini yang meletakkan had umur pada 18 tahun dan ke atas, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin. 

Berdasarkan peraturan baharu itu, semua rakyat Arab Saudi termasuk dari negara-negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan jemaah asing yang berusia 12 tahun ke atas kini dibenarkan untuk menunaikan umrah, solat di Masjidil Haram dan Al-Rawdah Al-Sharif di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Nabi Muhammad.

Permit umrah boleh dimohon menerusi aplikasi Tawakkalna, dengan syarat mempunyai status kesihatan yang baik.

Sementara itu, bagi prosedur mengerjakan umrah pula, warganegara GCC perlu mendaftar bukti  status vaksinasi mereka pada platform Muqeem, manakala jemaah dari negara-negara lain pula perlu mendaftar pada platform Qudoom.

Kesemua jemaah kemudiannya perlu mengemas kini status kesihatan mereka pada aplikasi Tawakkalna dan Eatmana sejurus tiba di Arab Saudi.

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah menetapkan had umur minimum bagi mengerjakan umrah pada 18 tahun dan maksimum adalah 50 tahun bagi jemaah luar.

Bagaimanapun, dua minggu lalu, had umur maksimum 50 tahun itu dibatalkan, namun mereka yang berusia di bawah 18 tahun tidak dibenarkan menunaikan umrah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI