fbpx

IPK Perak bakal dibina di Meru Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Lazim (dua dari kiri) mendengar penerangan dari Ketua Pegawai Eksekutif Perak Corporation Berhad (PCB), Zainal Iskandar (dua dari kanan) pada Lawatan Tapak Cadangan Kompleks Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang baharu di Bandar Meru Raya, Ipoh hari ini. - FOTO : ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang baharu akan dibina di bandar Meru Raya dekat sini bagi menggantikan bangunan lama yang terletak di Jalan Sultan Iskandar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kompleks baharu dengan anggaran kos pembinaan lebih RM300 juta itu akan dibangunkan di atas tanah seluas hampir 12 hektar.

Katanya, bagi peringkat awal, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM68 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Rolling Plan Kedua (RP2) bagi pengambilan tanah daripada Perak Corporation Berhad (PCB).

“Berdasarkan tinjauan di tapak baharu, kita dapati lokasi ini amat sesuai untuk didirikan sebuah IPK Perak yang baharu setelah mengambil kira semua segi termasuk lokasi yang strategik dan keselamatan penduduk.

“Tambahan lagi bandar Meru Raya akan membangun menjadi sebuah bandar, jadi penting untuk kita lihat peranan polis dalam membantu menjaga keselamatan sekali gus memastikan pentadbiran polis berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan tapak cadangan Kompleks IPK Perak baharu di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid; Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Pegawai Eksekutif PCB, Zainal Iskandar. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI