fbpx

Enam pelantar ikan Kuala Sungai Baru terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran pelantar ikan di Kuala Sungai Baru awal pagi ini.

KANGAR – Sebanyak enam pelantar ikan termasuk satu milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew memberitahu, saksi kejadian memaklumkan kebakaran dipercayai bermula dari sebuah pelantar ikan milik seorang lelaki dikenali dengan nama Jan.

“Api seterusnya merebak ke pelantar ikan lain terletak bersebelahan. Turut musnah dalam kebakaran itu adalah dua bot nelayan persendirian dan tiga motosikal selain pukat serta tong ikan.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini yang mana punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI