fbpx

Didekati lelaki, Yana takut lalai dengan cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHALMA ELIANA kini mahu dikenali sebagai Yana.

BELUM sedekad terjun ke dalam industri muzik tempatan secara serius, tidak dinafikan nama Shalma Eliana pantas ranum, sekali gus mencuri perhatian dengan gaya muzik tersendiri.

Mempertaruhkan bunyi yang lebih segar, bintang muda itu kembali dengan sebuah lagi karya berjudul Your Loss, selain memperkenalkan dirinya dengan nama pentas sebagai Yana – satu pengenalan semula buat jenama sendiri.

Berkongsi lanjut mengenai Your Loss, Yana akui bait lirik yang dihasilkan jujur daripada luahan hatinya.

Kongsi pemilik nama penuh Shalma Eliana Bruhanutheen itu, Your Loss dianggap sebagai permulaan baharu dalam lipatan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

“Saya anggap Your Loss sebagai permulaan baharu kerana lagu ini ditulis sepenuhnya oleh saya.

“Sejujurnya saya tidak pernah yakin untuk berkongsi karya nukilan sendiri kepada umum sebelum ini.

“Alhamdulillah setakat ini penerimaan peminat sangat baik,” katanya.

MENGAKUI dirinya sedang didekati beberapa jejaka selepas statusnya bertukar solo, Yana bagaimanapun belum terbuka untuk kembali bercinta, cukuplah sekadar bersahabat.

Bercakap tentang penggunaan nama baharu, dia memberitahu Yana bukanlah sebuah imej baharu yang dicipta olehnya.

Ujarnya, nama Yana sememangnya sudah sebati dalam kehidupannya kerana dia dikenali dengan nama tersebut dalam kalangan keluarga dan teman rapat sejak kecil.

“Karya istimewa ini ditulis di lokasi yang paling murni iaitu di rumah saya sendiri di mana semua orang memanggil saya sebagai Yana.

“Nama tersebut cukup menggambarkan diri saya yang sejati. Sebab itu saya memilih nama tersebut,” jelasnya ringkas menghuraikan tanda tanya ramai.

Paling mencuri perhatian semestinya apabila Yana mengakui karya tersebut dihasilkan sejurus selepas hubungan cintanya bersama penyanyi kegilaan ramai gadis iaitu Ismail Izzani terlerai sekitar bulan lalu.

Katanya, Your Loss sarat dengan mainan emosi dan mudah difahami ramai kerana memberi fokus terhadap tema pengkhianatan dalam sesebuah perhubungan cinta.

SINGLE terbaharu Yana iaitu Your Loss merupakan karya yang dilahirkan jujur daripada hati, selain mengangkat tema pengkhianatan dalam sesebuah perhubungan. – ihsan Universal Music Malaysia

“Alhamdulillah, proses menulis lagu ini berjalan dengan lancar. Saya masih sedar dalam ingatan ketika saya pulang ke rumah dengan pelbagai emosi dan terus menulis lagu ini, kemudian menyanyikannya dengan serta-merta.

“Ada beberapa bait lirik yang saya tulis sewaktu pergi berkhemah. Ini memang sebuah karya yang tidak terjangka kerana terjadi begitu sahaja,” tuturnya lagi

Sama seperti penyanyi lain, Yana berharap agar Your Loss akan terus diterima ramai seperti yang diimpikan.

“Harapan saya ialah agar para pendengar terus mendengar lagu ini dan mampu memahaminya seperti mana saya mengertikannya.

“Your Loss dihasilkan dengan jujur dan merupakan lagu paling murni pernah saya hasilkan.

“Saya harap tiada lagi yang berasa keseorangan selepas mendengar lagu ini,” katanya lagi.

SHALMA ELIANA kini mahu dikenali sebagai Yana yang ditakrifkan sebagai individu yang sifatnya lebih sejati selain panggilan paling dekat dengan jiwa dan realiti kehidupannya.

Cinta terlerai, mula didekati

Sempat menjolok soalan mengenai kisah cintanya bersama Ismail yang hanya bertahan selama dua tahun, Yana mengakui, tidak pernah menutup pintu hati untuk mengenali mana-mana lelaki lain.

Si kembang yang juga seorang pelakon itu menjelaskan, sudah ada beberapa jejaka yang sedang mendekati dirinya, namun dia lebih selesa untuk menjalinkan hubungan sekadar kawan.

“Tipu jika saya kata tidak ada yang cuba mendekati sejak putus cinta. Namun, saya beritahu mereka, cukuplah sekadar berkawan.

“Lagi pun saya sibuk dengan kerjaya seni dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya risau jadi lalai dan terus larut dalam percintaan kelak,” ujar pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu.

Biarpun hatinya terbuka mengenali individu lain, itu bukan bermaksud Yana sudah bersedia untuk kembali melabuhkan perasaan ke dermaga percintaan.

Berkongsi sedikit mengenai kisah cinta yang terlerai, Yana berkata, perkara tersebut terjadi disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka, namun tidak pernah bermusuh dengan pelantun Luar Biasa itu.

“Saya jenis tidak suka bermusuh. Saya juga mudah memaafkan. Saya akui antara punca perpisahan kami adalah mengenai pengkhianatan.

“Hubungan kami sekarang bukan semesra dulu lagi, tapi saya okey saja dan tiada masalah pun dengan dia,” jawabnya yang juga mahu orang ramai berhenti daripada mengaitkan Bunga Isme sebagai punca terlerainya cinta mereka.

YANA mengakui sedang sibuk dengan kerjaya seni dan bahagia meniti kehidupannya tanpa kekasih.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI