fbpx

Daftar ke PPV jika terlepas tarikh dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham

PUTRAJAYA – Mereka yang terlepas tarikh janji temu bagi pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 disarankan menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat untuk pendaftaran senarai menunggu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi pemakluman kepada penerima dos penggalak dengan penghantaran tarikh janji temu melalui pesanan ringkas ke telefon (SMS) atau aplikasi Mysejahtera bagi mempercepatkan lagi pemberian dos penggalak ini.

Menurutnya, justeru, masyarakat diingatkan sentiasa cakna dengan pemakluman di telefon masing-masing agar tidak terlepas tarikh janji temu yang diberikan dan menyatakan sama ada bersetuju untuk menerima dos penggalak atau tidak.

“Pemberian dos penggalak Covid-19 diluluskan sejak November lalu, dimulakan dengan kelompok tertentu yang menjadi keutamaan iaitu individu berusia 40 tahun dan ke atas, individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi serta penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang.

“Seterusnya, ibu mengandung dan individu dengan keperluan ke luar negara. Sehingga semalam, sebanyak 3,944,858 dos penggalak Covid-19 telah berjaya diberikan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI