fbpx

Coklat gelap ubah perasaan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COKLAT gelap atau dark chocolate yang mengandungi lebih banyak koko dipercayai mampu menjadikan manusia lebih gembira jika diambil dalam kehidupan seharian.

RAMAI antara kita akan mengambil coklat ketika berasa sedih, namun berdasarkan satu kajian terbaharu mengesahkan pengambilan beberapa keping coklat gelap (dark chocolate) benar-benar boleh meningkatkan mood seseorang.

Pasukan penyelidik dari Jabatan Makanan dan Pemakanan, Kolej Ekologi Manusia, Universiti Kebangsaan Seoul, Korea Selatan mendapati bahawa orang dewasa yang sihat dan makan sejumlah 30 gram coklat gelap setiap hari adalah lebih gembira berbanding orang dewasa sihat tetapi mengambil coklat yang kurang koko di dalamnya.

Menurut kajian itu, peningkatan mood dikaitkan dengan perubahan mikrob dalam usus daripada pemakanan coklat.

Walau bagaimanapun, faedah itu hanya didapati dengan pengambilan coklat yang mengandungi 85 peratus koko.

Produk coklat dengan peratusan koko yang tinggi cenderung lebih baik untuk anda kerana kurang gula, lemak dan bahan tambahan lain seperti pewarna dan minyak sawit.

Koko yang digunakan dalam pengeluaran coklat kaya dengan serat, zat besi dan ‘phytochemicals’ iaitu sebatian kimia berkuasa terdapat dalam tumbuhan yang diketahui menyokong sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, demensia, penyakit jantung dan strok.

“Coklat gelap telah lama diiktiraf dengan sifatnya yang mampu mengubah perasaan.

“Namun begitu ini adalah kajian pertama yang memberikan bukti bahawa pengambilan coklat gelap dalam kehidupan seharian turut mempengaruhi keadaan fisiologi dan psikologi,” jelas penyelidik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI