PUTRAJAYA – Malaysia menyambut baik kesediaan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu dalam memperkukuhkan kerjasama pelbagai bidang berkepentingan jangka masa panjang.
Persetujuan itu antara beberapa isu yang dicapai dalam pertemuan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ke atas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra di sini hari ini.
Langkah tersebut malahan meliputi kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, keselamatan siber, pertahanan, kesihatan dan isu jalinan antara rakyat kepada rakyat.
Komitmen berkenaan bakal menyaksikan hubungan akrab oleh kedua-dua negara rantau Asia Pasifik itu dalam Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS melonjak ke paras yang lebih tinggi.
“Kami banyak bincang lebih mendalam pelbagai isu hubungan dua hala, serantau dan sejagat selain komited bekerja rapat,” jelas Saifuddin pada sidang akhbar bersama-sama Blinken.
Ini lawatan julung kali Antony Blinken ke Malaysia sejak dilantik oleh Presiden Joe Biden pada 26 Januari lalu, dengan turut ada kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – K! ONLINE