fbpx

AS puji cara Malaysia urus isu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blinken (kiri) ketika berucap pada sidang akhbar bersama dengan Saifuddin di Wisma Putra, Putrajaya hari ini. – FOTO: IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Kejayaan Malaysia dalam pengurusan isu pengawalan wabak Covid-19 lebih setahun lalu menerima pujian Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken.

Beliau yang dalam rangka kerja lawatan rasmi ke negara ini malah mengakui, usaha gigih Malaysia membolehkan ia menyumbang pula vaksin kepada negara lain yang lebih terdesak.

“Pencapaian ini amatlah dihargai dan membuktikan kepimpinan sebenar Malaysia,” katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, di sini hari ini.

Beliau tiba di negara ini pada lewat malam tadi selepas singgah di Jakarta, Indonesia kelmarin sebelum dijadualkan bertolak pula ke negara jiran ini, Thailand untuk lawatan rasmi esok.

Kunjungan julung kali pemimpin ketiga paling berkuasa di AS selepas Presiden dan Naib Presiden itu melawat tiga negara rantau Asia Tenggara turut mendapat perhatian luas dunia.

Mengulas lanjut, Blinken turut mengulangi komitmen AS dalam menangani cabaran pandemik terutama agihan stok imunisasi di bawah skim Akses Global Vaksin Covid-19 atau Covax.

“Malah untuk tahun 2022 kelak, AS menyasarkan menyumbang lagi sejumlah 1.2 bilion vaksin ke seluruh dunia bagi merapatkan jurang bekalan khasnya di negara yang miskin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI