fbpx

Ada IG, Taeyang tetap jaga privasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAEYANG

BIARPUN kebanyakan artis Korea Selatan kini sudah bersikap terbuka dengan membuka akaun media sosial, namun mereka masih berpegang teguh dengan prinsip menjaga privasi daripada menjadi perhatian umum.

Jadi, tidak hairanlah kini perkongsian terkini penyanyi popular Taeyang dalam Instagramnya yang kelihatan normal sahaja tetapi mencuri perhatian luar biasa peminat.

Semuanya gara-gara peminat beranggapan, perkongsian tersebut merupakan perkembangan terkini anggota kumpulan Bigbang itu selepas bergelar bapa baru-baru ini.

Umum tahu, Taeyang dan isterinya yang juga pelakon Min Hyo-rin selamat menimang cahaya mata sulung yang dilahirkan baru-baru ini sebagai didedahkan agensi YG Entertainment.

Seminggu selepas berita gembira tersebut dikongsikan, Taeyang beberapa hari lalu memuat naik gambar ‘candid’ dirinya yang dirakam oleh rakan penyanyi, G-Dragon.

Tiada kaitan dengan khabar gembira kelahiran anak sulungnya, namun hantaran berkenaan meraih lebih 200,000 tanda suka dalam masa sejam.

Peminat beranggapan, mungkin Taeyang berjumpa dengan G-Dragon kerana penyanyi itu mengucapkan salam tahniah atas kelahiran bayi sulungnya.

Tidak kurang juga yang mengharapkan pertemuan mereka adalah untuk perancangan kemunculan semula mereka kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI