fbpx

55 penagih ditahan di 13 lokasi sekitar Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan dalam SMARD di Kuala Langat. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KUALA LANGAT – Seramai 55 individu termasuk empat warga asing ditahan dalam Operasi Selangor Mengawal Ancaman Realiti Dadah (SMARD) siri dua di sekitar daerah ini petang tadi.

Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 51 tahun dalam operasi bermula pukul 9.30 pagi hingga pukul 2 petang.

Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd. Jusni Hashim berkata, operasi itu melibatkan 13 kawasan berisiko tinggi termasuk di Mukim Telok Panglima Garang, Tanjung 12 dan Jugra.

Katanya, ia melibatkan 40 anggota dengan kerjasama antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Agama Islam Daerah dan Majlis Perbandaran Kuala Langat.

“Berdasarkan 55 individu yang ditangkap adalah termasuk lima daripadanya memiliki air ketum dan daun ketum selain warga asing.

“Kita turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin seberat 70 gram (g), syabu (0.4g), ganja (20g), candu, air ketum (3.4 liter) dan daun ketum (4.8 kilogram),” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI