fbpx

47 tahfiz tiada kelulusan pelan pemajuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yusli (tiga dari kanan) bersama beberapa pengusaha tahfiz persendirian pada program taklimat itu hari ini.

KUALA SELANGOR – Sebanyak 47 pusat tahfiz persendirian di sekitar daerah ini didapati tiada kelulusan pelan pemajuan yang ditetapkan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Setiausaha MPKS, Mohamad Yusli Askandar berkata, kelulusan pelan itu penting bagi memastikan faktor keselamatan dan ciri bangunan mengikut spesifikasi bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti tragedi kebakaran.

“Setakat ini, hanya dua pusat tahfiz persendirian masing-masing di sekitar Jeram dan Puncak Alam telah mendapat pelan kelulusan pengoperasian.

“Namun, sebanyak 47 pusat tahfiz lain didapati masih tidak mempunyai pelan pemajuan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Taklimat Pemutihan Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama Persendirian di sini, hari ini.

Jelas Mohamad Yusli, pengurusan pusat tahfiz persendirian yang belum mempunyai pelan itu diharap segera menghantar permohonan untuk disenaraikan dalam inventori MPKS.

“Mereka boleh mengemukakan permohonan pelan pemajuan menerusi perunding yang dilantik untuk pertimbangan kelulusan.

“Selain itu, pengusaha tahfiz boleh mendapatkan khidmat nasihat perunding perancang bandar bertauliah daripada Malaysian Institut of Planner (MIP),” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI