fbpx

30 minit pujuk wanita cuba terjun bangunan hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang pesakit wanita cuba terjun dari bangunan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), hari ini. - Foto Ihsan Bomba

KOTA KINABALU – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang pesakit wanita cuba terjun dari bangunan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), hari ini.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa berusia 30-an berkenaan dikatakan keluar daripada tingkat tiga bangunan terbabit sebelum memanjat ke bahagian luar tingkap bersebelahan beranda bangunan.

Bagaimanapun, kejadian disedari orang awam dan kakitangan hospital yang kemudiannya menghubungi pasukan bomba untuk meminta bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.16 petang sebelum sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, memang terdapat seorang wanita yang masih berada di luar tingkap bangunan seorang diri.

“Selepas hampir 30 minit memujuk mangsa, anggota bomba bertugas berjaya memujuk dan menenangkan mangsa yang kemudiannya membatalkan hasratnya daripada terjun daripada bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI