fbpx

13.1 peratus tidak mampu beli tuala wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi sebuah kajian yang dijalankan mendapati 13.1 peratus kemiskinan haid daripada golongan remaja dan wanita tidak mampu membeli tuala wanita disebabkan harga yang mahal.

Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, kebanyakan golongan yang tidak mampu membeli tuala wanita terdiri daripada golongan B40 di sekitar ibu negara.

“Kajian rintis ini dilaksanakan melibatkan remaja perempuan dan wanita berusia 13 hingga 24 tahun di 13 komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dua insititusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila perempuan atau sebuah keluarga mereka tidak mampu membeli tuala wanita disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi,” katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk T.Mohan (MIC-PUCHONG) yang ingin mengetahui keadaan sebenar masalah kemiskinan haid di negara dan perancangan kerajaan untuk mengatasi isu ini.

Tambah Siti Zailah, KPWKM turut mengadakan program pekerti dengan pemberian kit kebersihan kepada 13,000 golongan remaja sebagai salah satu usaha mendidik remaja tentang pendidikan kesihatan

“Program pengagihan kit pengurusan haid dilaksanakan di 1,105 sekolah seluruh negara melibatkan remaja yang berusia 13 hingga 17 tahun yang menekankan aspek dari sudut kesihatan fizikal dan mental,”jelasnya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI