fbpx

Zynakal buat hal, ‘curi’ gambar orang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG netizen mendakwa Zynakal menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

PETALING JAYA – Tindakan penyanyi muda Zynakal menggunakan foto orang lain tanpa kebenaran si empunya diri membuatkan dia sekali lagi dikecam hebat netizen dalam media sosial.

Menerusi laman Twitter, seorang wanita yang menggunakan akaun @animdavila naik berang dan mendakwa Zynakal tidak seharusnya mengambil gambar orang lain sesuka hati untuk dijadikan kandungan media sosial.

“Rasanya tak perlu ambik gambar orang tanpa izin untuk buat content. Tak kisah la awak artis atau siapa-siapa. Saya harap dia boleh take down (turunkan) InstaStory yang dimuat naik itu.

“Saya dah mesej (dm) tapi rasanya macam tak akan balas. Mestilah dm request (permintaan) ramai. Artis kan. Saya dah lama padam gambar ni. Macam mana boleh dapat pun tak tahu,” ciapnya.

Menjengah ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata netizen mengkritik tindakan penyanyi lagu Sakit itu yang disifatkan sebagai melanggar privasi orang lain.

“Apalah Zynakal ni. Tak habis-habis. Annoying (menjengkelkan) betul kau ni.

“Benda macam ni jangan main-main dan buat sesuka hati. Tuan punya diri boleh bawa ke mahkmah. Tak pasal-pasal kau nanti,” tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 22, tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi video dalam InstaStorynya.

Katanya, foto tersebut bukanlah darinya dan merupakan prop bagi drama yang sedang dalam penggambaran ketika ini.

“Apa saya boleh cakap, benda ni agak cliche bila orang cakap senanglah buat salah je minta maaf. Tapi saya nak minta maaf juga. Tak kisah orang nak cakap apa.

“Saya cuma nak terangkan yang benda tu (foto) bukan daripada saya. Benda tu hanya prop yang kita gunakan untuk drama yang saya shooting (penggambaran) sekarang ini,”

Jelasnya lagi, dia bukan sengaja tidak mahu menurunkan InstaStory foto wanita itu, namun disebabkan lokasi penggambarannya yang tidak ada rangkaian liputan.

“Bukan sengaja saya biar. Bukan sengaja saya tak turunkan. Sana (Lenggeng) memang tiada liputan, kalau ada, saya reply (balas) awak terus,” katanya lagi.

Terdahulu, Zynakal teruk dikecam selepas meninggalkan komen seolah-olah memerli budaya orang Sarawak menerusi foto yang dimuat naik rakannya yang juga penyanyi, Yonnyboii menggayakan busana tradisional masyarakat Iban yang terkenal di negeri berkenaan – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI