fbpx

Vtl-Darat 20 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Pengembara warga Malaysia dan Singapura daripada semua kategori boleh memasuki kedua-dua negara menggunakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Laluan Darat (VTL- Darat) bermula 20 Disember ini susulan peningkatan permintaan orang ramai.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, VTL- Darat telah membolehkan pembukaan semula sempadan darat secara berperingkat, selamat, sistematik dan mampan dengan memperincikan langkah-langkah kesihatan yang perlu diambil kepada pengembara.

“Pengembara bagaimanapun mestilah telah lengkap divaksinasi manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun yang tidak divaksin haruslah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap menerima suntikan vaksin.

“Pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian saringan Covid-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan tersebut, VTL-Darat ketika ini adalah terhad kepada perkhidmatan bas sahaja dan operator terlibat akan menawarkan tiket untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa.

“Perkhidmatan bas VTL-Darat yang ditetapkan di Malaysia akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) manakala di Singapura akan menggunakan Terminal Queen Street (QST) dan Woodlands Temporary Bus Interchange (WTBI).

“Sebelum membuat pembelian tiket, pengembara yang ingin masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Darat dikehendaki mendaftar di https://mysafetravel.gov.my manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura, dikehendaki mendaftar di https://go.gov.sg/vtl-portal ,” katanya.

Tambah kenyataan itu, butiran mengenai keperluan VTL-Darat boleh didapati di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI