fbpx

Tinggalkan kerja makan gaji, bela ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shofian (kanan) bersama sebahagian pemancing di Kolam Pancing SF Aquafarm, Kampung Telok Kerang di Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Seorang lelaki sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai kakitangan di syarikat Telekom Singapura selepas berkhidmat selama 30 tahun untuk mengusahakan ternakan ikan dalam kolam.

Menurut Shofian Mustami, 47, kejayaan tidak datang secara bergolek kerana dia perlu belajar dari bawah dan memilih Terengganu sebagai lokasi untuk ‘berguru’.

Menurutnya, pada peringkat awal, dia membina enam buah kolam ikan menggunakan kanvas dengan menternak siakap, merah dan kerapu pada 2017 di Kampung Telok Kerang.

“Saya memasukkan seba­nyak 50,000 hingga 60,000 benih ikan ke dalam setiap kolam dan dijual pada harga RM1.50 seekor kepada penternak termasuk dari luar Johor.

“Pada mulanya, saya me­ngakui tidak mempunyai ilmu (menternak ikan), namun ke­rana minat dan galakan dari­pada seorang rakan saya mencuba nasib menceburi bidang ini yang begitu a­sing sebelum ini,“ katanya ketika ditemui di SF Aquafarm di Kampung Telok Kerang baru-baru ini.

Anak kelairan Perak ini memberitahu, setelah kolam ternakannya membuahkan hasil dan memberi pulangan modal, dia mengambil keputusan untuk membina kolam pancing pula.

“Kolam pancing beroperasi pada April lalu pernah ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Ikan seperti merah, unga, siakap dan kerapu dimasukkan dalam kolam ini,” ujarnya.

Tambahnya, sambutan yang diterima daripada kaki pan­cing amat memberangsangkan ter­utama pada hujung minggu.

“Saya harap kolam ini akan menjadi salah satu tarikan kepada aktiviti pelancongan di Kampung Telok Kerang dan daerah Pontian,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI