fbpx

Tiga pemandu kereta guna lorong kecemasan serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga pemandu kereta yang didakwa memotong barisan telah menyerah diri di Balai Trafik Port Dickson, semalam.

PORT DICKSON – Tiga pemandu kereta yang didapati memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan seperti yang tular dalam sebuah video di laman Facebook telah menyerah diri di Balai Trafik Port Dickson semalam, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, ketiga-tiga pemandu berusia 36, 47 dan 57 tahun itu hadir di balai pada pukul 5 petang.

“Mereka yang menyerah diri merupakan pemandu kereta Proton Wira (NAV 7907) Perodua Myvi (VBB 1806) dan Proton Gen2 (CBS 5433) dengan masing-masing bekerja sebagai pemandu lori, jurujual dan akauntan,” katanya dalan kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, enam lagi pemandu atau pemilik kenderaan yang terlibat menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan dikesan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyan 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Terdahulu, tular video berdurasi 43 saat di media sosial ‘Port Dickson Area’ menunjukkan aksi sembilan buah kenderaan memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Kejadian yang berlaku antara pukul 2 hingga 3 petang pada Ahad lalu itu menunjukkan pergerakan kenderaan semasa itu dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI